21 Terbunuh Di Libya

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

BENGHAZI: Hampir 21 orang terkorban dalam pertempuran berhampiran ibu negara Libya, Tripoli pada Jumaat.

Pertempuran berlaku antara penyokong kerajaan dengan pejuang Islam yang mendapat bantuan daripada militan perikatan Fajr Libya di Tajoura yang terletak 30 kilometer di timur Tripoli.

Pertempuran dilapor berlaku apabila kuasa-kuasa kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa telah melancarkan serangan terhadap kem militan itu untuk mengawal semula bandar tersebut.

"Jumlah yang terkorban terdiri daripada 14 anggota tentera, empat pejuang Fajr Libya serta tiga wanita pada hari ini (Jumaat) di Tajoura," kata anggota tentera penyokong kerajaan.

Jurucakap Fajr Libya, Mohamad Shami, berkata seramai 24 anggotanya mengalami kecederaan dalam pertempuran itu tetapi pihak penyokong kerajaan menanggung jumlah kematian yang lebih tinggi.

"Bandar Tajoura berada di bawah kawalan Fajr Libya dan telah berlaku satu pertempuran kecil di kawasan kem 101.

"Masih ada lagi beberapa anggota tentera penyokong kerajaan di situ yang diawasi oleh pihak Fajr Libya, kata Shami.

Sumber pro-kerajaan kedua menerangkan terdapat pertempuran besar yang masih berterusan di Tajoura dan pihaknya akan mendapatkan bantuan tentera udara untuk melancarkan serangan.

Pertempuran itu menjadi tanda bagi pihak penyokong kerajaan yang mahu kembali ke ibu negara yang dikawal oleh Fajr Libya sejak Ogos tahun lalu.

Libya berada di bawah pentadbiran dua kerajaan sejak perikatan militan Islam itu merampas bandar Tripoli pada Ogos lalu manakala kerajaan yang diiktiraf terpaksa melarikan diri di kawasan timur negara berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Libya , al Fajr

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan