Kes 'Si Gemuk Leonard': Pegawai Tentera Laut AS Mengaku Bersalah Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 11:25 AM

Leonard Glenn Francis yang juga dikenali sebagai Fat Leonard.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah di mahkamah persekutuan di sini pada Rabu dengan memberi maklumat rahsia kepada ahli perniagaan Malaysia sebagai pertukaran kepada khidmat pelacuran dan beberapa manfaat lain.

Leftenan Komander Todd Malaki, 44 membuat pengakuan itu di San Diego dihadapan Majistret Mitchell Dembin dari Mahkamah Daerah Selatan California, kata Jabatan Keadilan AS.

Kes berkenaan membabitkan kontraktor, Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai Fat Leonard yang didakwa merasuah pihak atasan tentera laut AS untuk mendapatkan kontrak mencecah jutaan ringgit.

Francis mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah pada Januari lalu.

Malaki adalah individu ke lapan yang mengaku bersalah dalam siasatan berhubung penyelewengan dan rasuah dalam pasukan tentera laut, kata Jabatan Keadilan itu lagi.

Malaki mengakui mengenali Francis ketika bertugas sebagai pegawai pembekal dalam pasukan tentera itu pada 2006. Francis adalah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Glenn Defense Marine Asia (GDMA), syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk tentera laut.

Malaki memberi Francis maklumat rahsia mengenai jadual kapal tentera laut dan pemilik invois berkaitan pesaing GDMA dan sebagai habuannya dibiayai percutian menginap di hotel mewah di Singapura, Hong Kong dan Tonga, selain mendapat khidmat pelacur serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai AS$15,000 (RM55,100), tambah jabatan itu.

Hukuman terhadap Malaki ditetapkan pada 6 Julai ini di mana dia berdepan maksimum penjara lima tahun, kata jurucakap jabatan itu, Peter Carr.

"Seorang lagi pegawai tentera laut mengaku bersalah menerima rasuah kerana mendedahkan maklumat rahsia ketenteraan kepada pembekal utama.

"Adalah sesuatu yang mengecewakan apabila ramai pegawai tentera laut yang secara sukarela menjadi mangsa rasuah GDMA," kata Penolong Peguam Negara, Leslie Caldwell dalam kenyataannya.

Syarikat milik Francis memperoleh lebih AS$200 juta (RM735 juta) kontrak Tentera Laut AS bagi menyediakan perkhidmatan pembersihan, membaiki kapal di pelabuhan di Singapura, Thailand, Jepun dan beberapa lokasi lain.








Tags / Kata Kunci: Fat Leonard , Todd Malaki , tentera laut , AS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan