Lelaki Ditahan Ada Kaitan Bunuh Pelajar Universiti Glasgow

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 4:56 PM

Buckley (kiri) bergambar dengan rakannya sebelum pergi ke kelab malam pada hari kehilangannya.

(Ubah saiz teks)

POLIS Scotland menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan seorang pelajar universiti, Karen Buckley selepas penemuan mayat di luar perkarangan sebuah ladang di Glasgow.

Mayat tersebut ditemui lewat malam Rabu di sebuah kawasan pinggir bandar Milngavie yang terletak kira-kira sembilan batu dari sebuah bandar di Scotland.

Walaupun identiti mayat tersebut belum dikenal pasti, seorang jurucakap polis memberitahu keluarga Buckley telah dimaklumkan mengenai penemuan terbabit.

Pada malam Rabu, polis memindahkan lokasi pencarian dari sebuah taman di Glasgow ke kawasan ladang dan padang golf dekat sebatang jalan yang terletak di pinggir bandar, Stirlingshire.

Polis kemudiannya mengepung kawasan tersebut sehingga ke utara Glasgow, dekat ladang High Craigton dan Kelab Golf Windyhill.

Awal pagi Khamis, seorang jurucakap Polis Scotland berkata pasukan itu menemui mayat dekat sebuah ladang di utara Glasgow yang terletak di pinggir bandar Milngavie.

"Identiti mayat itu masih belum disahkan tetapi polis percaya ia mungkin mayat Buckley. Ahli keluarganya telah dimaklumkan. Soal siasat sedang dijalankan," kata jurucakap itu.

Polis menemui mayat di luar sebuah ladang High Craighton.

Ibu bapa Buckley yang diterbangkan dari Ireland berkata kehilangan anak perempuan mereka adalah sesuatu yang mengejutkan.

Malah mereka begitu berharap agar Buckley pulang dengan selamat.

Buckley yang berasal dari Cork, Republik Ireland dilihat kali terakhir menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) meninggalkan sebuah kelab malam bersama seorang lelaki kira-kira pukul 1 pagi Ahad lalu.

Beg tangan Buckley yang digunakan pada malam kehilangannya ditemui oleh orang awam di Dawsholm Park.

Ibu bapa Buckley berada di Glasgow untuk membantu operasi pencarian.

Unit selam turut melakukan pencarian di Sungai Kelvin tetapi tidak menjumpai sebarang petunjuk.

Rakan Buckley berkata gadis tersebut meninggalkan sebuah kelab malam pada awal pagi Ahad tanpa membawa bersama kot miliknya.

Buckley juga dikatakan memaklumkan kepada rakannya bahawa dia ingin pergi ke tandas.

Rakannya berkata Buckley mengambil minuman keras tetapi tidak mabuk.

Rakaman CCTV menunjukkan dia berbual dengan seorang lelaki di luar kelab malam tersebut sebelum masuk ke dalam kereta untuk pulang ke flat tempat dia tinggal di Kelvindale.

Dua bulan lalu, Buckley berpindah ke Glasgow untuk melanjutkan pengajian dalam bidang terapi kerjaya di sebuah universiti.

Terdahulu, Buckley bekerja sebagai seorang jururawat di Essex.

Tags / Kata Kunci: Karen Buckley , Glasgow

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan