Hamba Seks:Tiga Kanak-Kanak Uganda Diselamatkan Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPALA: Suruhanjaya Tinggi Uganda di Kuala Lumpur telah membebaskan tiga kanak-kanak perempuan warga negara itu yang dijadikan hamba seks di Malaysia .

Dalam nota diplomatik kepada Kementerian Luar di sini, ia berkata, ketiga-tiga kanak-kanak perempuan itu dijadualkan ke kampung halaman melalui penerbangan Ethiopia Airways pada Khamis.

Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi, Samantha Mbabazi Sherurah berkata, pemeriksaan mendapati, kanak-kanak terlibat mengalami penderaan fizikal dan mental.

"Mereka melalui pengalaman ngeri akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan yang menyeksa mental dan fizikal mereka.

"Kami meminta agar mereka dibawa berjumpa pekerja sosial untuk mendapatkan kaunseling," katanya.

Pesuruhjaya Tinggi Uganda, Stephen Mubiru pula berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan agensi keselamatan Malaysia untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

"Terdapat sebilangan warga Uganda, lelaki dan perempuan yang menjadi mangsa dalam kes pemerdagangan manusia di Malaysia, China, dan beberapa negara lain di Asia.

"Kami sedang berusaha untuk memastikan mangsa-mangsa yang lain dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal," kata Mubiru.

Menurut sumber di Kuala Lumpur, kanak-kanak yang dibebaskan itu memberitahu, terdapat hampir 20 wanita Uganda yang masih bersembunyi di sekitar ibu kota kerana takut ditahan 'majikan' mereka.

Stephen juga merayu kepada mangsa di kalangan warga Uganda yang lain supaya tampil untuk mendapatkan bantuan.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi itu dibuka pada 26 November tahun lalu, manakala bahagian Konsular pula telah dibuka pada Mac.

Terdapat laporan menyatakan kanak-kanak perempuan dari Uganda dibawa ke beberapa negara di Asia, kononnya untuk diberi pekerjaan tetapi akhirnya menjadi hamba seks.

Penyelaras bersama pasukan petugas anti pemerdagangan manusia di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di sini, Musa Binoga berkata, jumlah kes seperti itu dilihat semakin meningkat.

"Saya menerima sekurang-kurangnya lima laporan setiap minggu dan kebanyakkannya di Timur Tengah tetapi hanya separuh daripada mangsa yang dibantu untuk pulang ke rumah," katanya kepada media tempatan, New Vision.

Dia juga menerangkan masalah ini semakin meningkat kerana ramai rakyat di Uganda yang mencari pekerjaan di luar negara melalui kenalan peribadi dan tidak menggunakan agensi pengambilan pekerja berdaftar.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Fred Opolot mengesahkan bahawa kes pemerdagangan melibatkan rakyat Uganda di Malaysia kian meningkat dan ia mendapat perhatian pihaknya.

"Selain meningkatkan hubungan kerajaan, perniagaan dan juga pelajar, penubuhan pejabat kedutaan di Malaysia juga bertujuan untuk mengambil tindakan terhadap peningkatan kes-kes seperti ini," katanya.



Tags / Kata Kunci: Uganda , Samantha Mbabazi Sherurah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan