Feri Karam: Lebih 400 Pendatang Asing Maut

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Seramai lebih 400 pendatang haram dikhuatiri maut selepas feri yang mereka naiki karam di luar pantai Libya pada Ahad.

Pengawal pantai Itali berkata, daripada jumlah tersebut terdapat baki pendatang haram berjaya diselamatkan dan dibawa ke negara tersebut.

Menurutnya, dalam kejadian itu, seramai 144 pendatang haram dari Libya berjaya diselamatkan manakala sembilan mayat telah ditemui.

"Terdapat seramai lebih 400 pendatang haram dipercayai berada di atas feri ketika ia meninggalkan Libya," kata sebuah pertubuhan pendatang asing yang berpangkalan di Itali.

Feri yang membawa pendatang haram menyerberangi Lautan Mediterranean itu karam selepas penumpangnya didakwa bergerak secara beramai-ramai selepas dihampiri pengawal pantai Itali.

Berikutan itu, usaha menyelamat dan mengesan mayat masih diteruskan berhampiran lokasi kejadian.

Tags / Kata Kunci: Itali , Libya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan