IS Tembak Mati Komander Kanan

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 10:05 AM

Tiga daripada empat komander kanan IS yang dikenakan hukuman mati kerana melarikan diri semasa bertempur dengan tentera Iraq.

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Berang dengan tindakan komandernya melarikan diri semasa pertempuran dengan tentera Iraq, kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor bertindak menembak mati anggota mereka itu.

Empat komander kanan IS di wilayah utara Salahuddin itu berdepan hukuman itu selepas kepimpinan kumpulan pengganas itu tidak berpuas hati dengan tindakan mereka.

Kesemua komander terbabit melarikan diri semasa bertempur di bandar Muqdadiyah. Bagaimanapun, mereka diburu sebaik pihak IS tahu mengenainya dan  berjaya ditahan dua bulan lalu.

Sumber keselamatan berkata, hukuman terhadap empat komander itu dilaksanakan di pinggir bandar Shiqrat selepas menerima arahan  pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.

Pada Februari, IS menembak mati puluhan anggotanya di bandar Tal Afar kerana melarikan diri semasa pertempuran dengan pejuang Pashmerga.

Malahan, kumpulan pengganas itu juga pernah mengenakan hukuman mati terhadap anggotanya kerana tidak setuju dengan gaya hidupnya umpama seorang gay.

Tags / Kata Kunci: IS , komander , Muqdadiyah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan