Gambar 'Hantu' Paul Walker Bersama Vin Diesel Jadi Viral

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 11:01 PM

Gambar 'hantu' Paul Walker (kiri) berdiri bersebelahan dengan Vin Diesel dimuat naik oleh seorang peminat di Facebook sebagai tanda penghormatan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG peminat kepada mendiang pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker membuat penghormatan lain daripada yang lain, serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh seorang lagi bintang filem pecah panggung itu, Vin Diesel di Anugerah Filem MTV.

Portal Mirror melaporkan gambar itu menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.


Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013, tetapi penghormatan terhadap bintang Hollywood kembali dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir beliau memegang watak Brian O'Conner, kini mula ditayangkan di seluruh dunia.

Imej 'hantu' Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan Walker oleh Diesel).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini."

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Walker di Anugerah Filem MTV. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Vin Diesel , Fast and Furious , Paul Walker

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan