Wanita 87 Tahun Buat Kecoh Paksa Pesawat Air Canada Dilencong

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 10:25 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat Air Canada dari Jerman ke Toronto terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Shannon di Ireland pada malam Jumaat selepas wanita berusia 87 tahun membuat gangguan dalam penerbangan.

Daily Mail melaporkan bahawa kru kabin dikatakan menghalang warga emas itu yang merupakan penumpang Kelas Pertama daripada terus membuat gangguan sehingga pesawat tersebut mendarat.

Kru kabin memaklumkan keadaan penumpang itu kepada juruterbang yang kemudiannya menghubungi Pusat Perkhidmatan Komunikasi Atlantik Utara, Pusat Berkuasa Penerbangan Awam Ireland (IAA) di Ballygirreen di Co Claire sebelum dinasihatkan supaya mendaratkan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Shannon.

Wanita berkenaan kemudiannya ditahan oleh pegawai polis selepas pesawat itu selamat mendarat pada kira-kira pukul 8.15 malam Jumaat (4.15 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Keputusan melencongkan pesawat Air Canada yang membawa 211 penumpang itu dibuat semasa ia membuat penerbangan kira-kira 600 batu barat laut Shannon.

Seorang jurucakap untuk Air Canada memberitahu MailOnline Travel: "Penerbangan AC877 pada 10 April dari Frankfurt ke Toronto, terpaksa dilencongkan ke Shannon disebabkan gangguan yang dibuat oleh seorang penumpang.

"Pesawat itu membawa 211 penumpang. Ia kemudiannya berlepas semula dan tiba selamat di destinasi." - Daily Mail


Tags / Kata Kunci: Air Canada

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan