Ketua Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 6:33 PM

Mohamed Badie.

(Ubah saiz teks)

MESIR: Mahkamah Mesir mengesahkan hukuman mati terhadap ketua Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 11 defendan lain pada Sabtu serta penjara seumur hidup ke atas seorang warga Amerika Syarikat-Mesir atas tuduhan melakukan keganasan.

Hakim Mohamed Nagy Shehata turut menjatuhkan mati ke atas dua defendan yang melarikan diri dan memutuskan hukuman penjara seumur hidup terhadap 23 tertuduh lain.

Semua defendan didakwa merancang demonstrasi keganasan dari ibu pejabat mereka di Kaherah selepas tentera menggulingkan Presiden dari Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi pada Julai 2013. 

Di antara mereka yang dipenjara seumur hidup ialah Mohamed Soltan, warga AS-Mesir yang melancarkan mogok lapar.

Bapanya ialah Salah Soltan antara 11 defendan yang dijatuhi hukuman mati. 

Bekas jurucakap sayap politik Ikhwanul Muslimin, Gehad Haddad turut dipenjara seumur hidup iaitu selama 25 tahun. 

Hukuman itu boleh dirayu di Mahkamah Agung yang sebelum ini menolak rayuan berpuluh hukuman mati.

Setakat ini, Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli pertubuhan itu selepas Morsi digulingkan selepas didapati bersalah membunuh seorang remaja ketika demonstrasi keganasan pada Julai 2013.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan