Ketinggian Pengaruhi Kebarangkalian Menghidap Penyakit Jantung

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

MIAMI: Kajian berkaitan penyakit jantung dan ketinggian mengesahkan bahawa individu yang dikategorikan rendah lebih mudah terdedah kepada risiko arteri tersumbat.

Kajian Jurnal Perubatan New England itu mendapati kepelbagaian genetik yang mempengaruhi ketinggian seseorang itu untuk lebih berisiko menghidap arteri tersumbat, bukan disebabkan faktor kemiskinan atau amalan pemakanan yang buruk.

Hasil kajian itu diperoleh menerusi penyelidikan yang dilakukan ke atas 200,000 orang yang memiliki 180 genetik berbeza.

Penyakit jantung adalah musuh utama di seluruh negara kerana menyebabkan kematian awal dan disamakan dengan nisbah 1:6 untuk lelaki dan 1:10 wanita yang menghidapinya.

Tambah lagi, penyelidik mendapati setiap 2.5 inci  (6.3 sentimeter) ketinggian seseorang mempengaruhi risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari sebanyak 13.5 peratus.

Menurut kajian tersebut, seseorang yang mempunyai ketinggian lima kaki (1.5 meter) akan mempunyai purata 32 peratus risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari berbanding dengan seorang yang tingginya hingga 1.68 m.

"Semakin bertambah ketinggian seseorang, semakin berkurangan risiko untuk menghidap penyakit jantung koronari, sebaliknya, jika seseorang secara genetiknya mempunyai kurang ketinggian akan menghadapi risiko lebih tinggi," kata pensyarah Universiti Leicestar yang menulis untuk Yayasan Jantung British, Christopher Nelson.

Penyelidik menyimpan harapan bahawa kajian selanjutnya berkaitan genetik meliputi aspek ketinggian dan penyakit jantung dapat memberi petunjuk kepada pencegahan serta rawatan lebih baik pada masa hadapan.

"Hampir lebih 60 tahun kajian ini dijalankan dan mendapati terdapat hubungan songsang di antara ketinggian dan risiko penyakit jantung koronari," kata ketua pengarang dan Professor Kardiologi universiti sama, Nilesh Samani.

Menurutnya lagi, kaedah pendekatan genetik menunjukkan bahawa kaitan antara ketinggian lebih rendah dan risiko tinggi penyakit jantung koronari adalah punca utama, bukan faktor lain untuk seseorang itu menghidapi penyakit itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan