PBB Rancang Bantu Pelarian Kem Yarmuk

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 10:40 AM

Puluhan ribu pelarian Palestin dan Syria berlindung di Kem Yarmuk yang kini diancam pengganas IS.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu pihaknya sedang merangka perancangan untuk membantu kira-kira 18,000 pelarian Palestin dan rakyat Syria di Kem Yarmuk yang ketika ini dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menerusi perbincangan yang diadakan, seorang pegawai tertinggi PBB menyarankan supaya segera memindahkan pelarian di kem tersebut.

Perkembangan terkini itu disampaikan Ketua Agensi Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRWA), Pierre Krahenbuhl kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan 15 ahli majlis PBB.

Kem itu terletak di pinggir Damsyik iaitu kira-kira lima kilometer dari istana Presiden Syria, Bashar al-Assad.

“Apa yang paling dibimbangi pelarian di Yarmuk sekarang ialah mereka terdedah kepada ancaman dan semuanya berkait rapat dengan isu keselamatan,” kata Krahenbuhl kepada pemberita menerusi sidang video dari Jordan.

Kanak-kanak juga menjadi pelarian akibat konflik yang tercetus.

Sementara itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria pula memaklumkan IS menguasai hampir keseluruhan Yarmuk, manakala tentera Syria pula mengepung daerah itu.

Krahenbuhl berkata, negara yang berpengaruh ke atas pihak bertelagah perlu memberi perlindungan kepada orang awam.

Sehubungan itu, PBB digesa mencari satu langkah bagi memudahkan pemindahan pelarian secara teratur dan selamat.

Menerusi kenyataannya, Majlis Keselamatan PBB berkata, pihaknya akan meneliti langkah seterusnya yang boleh diambil dalam usaha memberi bantuan dan perlindungan kepada pelarian berkenaan.

Setakat ini, kata pertubuhan dunia itu, seramai 94 orang awam telah dibawa keluar dari Yarmuk, namun kira-kira 3,500 kanak-kanak lagi masih terperangkap di situ.

Yarmuk kini menjadi rumah kepada lebih setengah juta rakyat Palestin sebelum konflik di Syria bermula pada 2011. Perang saudara di Syria pula telah membunuh lebih 220,000 orang dan menyebabkan jutaan rakyatnya kehilangan tempat tinggal. – Reuters



Tags / Kata Kunci: PBB , IS , Kem Yarmuk , Pierre Krahenbuhl

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan