Pemberontak Houthi Tawan Aden

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 10:32 AM

Pemberontak Houthi melakukan tindak balas selepas seminggu berhadapan serangan udara pasukan tentera diketuai Arab Saudi.

(Ubah saiz teks)

ADEN: Selepas seminggu pakatan tentera diketuai Arab Saudi cuba menyekat kemaraan kumpulan Houthi melalui serangan udara, puak pemberontak itu serta sekutunya bertindak ganas menawan kawasan di tengah bandar ini, Khamis.

Lebih mengejutkan apabila kumpulan itu mara ke kediaman presiden yang terletak berhampiran Crater yang ditawan itu.

Tindak balas kumpulan itu berlaku selang beberapa jam antara satu sama lain, sebelum bergerak ke pelabuhan Mualla, demikian menurut beberapa penduduk setempat.

Ketika ini, Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi melarikan diri ke Riyadh minggu lalu tanpa mampu bertindak terhadap kumpulan yang mendapat sokongan Iran itu.

Pasukan keselamatan berkawal di Sanaa untuk memastikan keselamatan penduduknya terjamin berikutan tindakan berani pemberontak Houthi.

Kata pegawai kanan tentera di Washington, barisan tentera sedang disusun di sempadan bagi menyekat serangan pemberontak itu.

"Situasi kini lebih kepada keadaan untuk mempertahankan diri," katanya.

Malahan, dia turut menolak kemungkinan Arab Saudi akan menghantar pasukan tentera darat untuk menyekat kemaraan kumpulan Houthi.

Selepas serangan ke atas Crater, sekumpulan lelaki bersenjata yang identitinya tidak diketahui dilihat turun dari sebuah kapal di Mualla.

Pegawai pelabuhan itu pula mendakwa kumpulan itu adalah pengawal bersenjata dari sebuah kapal perang China untuk memindahkan rakyat negara itu yang terperangkap dalam konflik peperangan. – Reuters

Tags / Kata Kunci: Houthi , Crater , Mualla , Yaman

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan