Twitter: Bachchan, Khan Lebih Popular Banding Modi - Berita Dunia | mStar

Twitter: Bachchan, Khan Lebih Popular Banding Modi

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Laman Twitter membuktikan legenda Bollywood, Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan ternyata lebih popular berbanding Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menerusi laman sosial itu juga didapati jumlah pengikut kedua-dua pelakon itu lebih tinggi berbanding Modi, lapor Indian Post.

Modi dilihat sebagai ahli politik yang gemar menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan rakyat.

Ketika ini, Amitabh Bachchan mengatasi kedua-dua personaliti berkenaan dengan jumlah 13.5 juta pengikut, diikuti Shah Rukh Khan (12 juta) dan diikuti rapat Modi dengan sejumlah 11 juta pengikut.

Selain itu, Salman Khan turut mencatat jumlah pengikut yang tinggi iaitu seramai 11.5 juta pengikut.

Berdasarkan angka itu, tidak dinafikan penguasaan bintang Bollywood terhadap saluran media sosial mengalahkan ahli politik. Tentu sekali ia dilihat landasan terbaik untuk memastikan peminat mengetahui perkembangan terkini mereka.

Tags / Kata Kunci: Bachchan , Shah Rukh Khan , Bollywood , Modi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan