Serangan Pelampau Somalia Korbankan 147 Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 9:52 AM

Suasana huru hara sepanjang 16 jam serangan berlaku yang mengorbankan 147 pelajar universiti di Kenya.

(Ubah saiz teks)

GARISSA: Sekurang-kurangnya 147 pelajar terbunuh apabila empat lelaki bertopeng dipercayai puak pelampau Somalia menyerang sebuah universiti di Kenya menggunakan bom tangan dan senjata automatik.

Selepas 16 jam serangan dilancarkan, lelaki yang lengkap bersenjata dan memakai jaket disalut bahan letupan itu dikatakan meletupkan diri di pusat pengajian tinggi berkenaan.

Kejadian yang bermula pada waktu subuh itu turut membabitkan penahanan tebusan bukan Islam. Ia turut disifatkan serangan terburuk di Kenya selepas pengeboman terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi pada 1998 yang mengorbankan 213 orang.

Menteri Dalam Negeri Kenya, Joseph Nkaiserry  berkata, sekurang-kurangnya 79 cedera dalam serangan di bandar yang terletak tidak jauh dengan sempadan Somalia.

Beliau berkata, keempat-empat penyerang terbunuh selepas meletupkan diri apabila tentera kerajaan mula memasuki pekarangan universiti itu untuk membebaskan tebusan.

Lewat malam tadi, pihak berkuasa mengisytiharkan serangan itu berakhir lewat malam selepas Pusat Bencana Kebangsaan mengesahkan keempat-empat penyerang terbunuh dan sejumlah 147 mangsa terkorban.

Kumpulan al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Jurucakap al-Shabaab, Sheikh Ali Mohamud Rage memberitahu AFP pihaknya menawan tebusan bukan Islam kerana misi mereka untuk membunuh penentang kumpulan pelampau itu.

"Kenya sedang berperang dengan Somalia," katanya.

Dalam pada itu, ganjaran AS$215,000 (RM787,923) ditawarkan untuk penangkapan komander al-Shabaab, Mohamed Mohamud, seorang guru dari Kenya yang dipercayai berada di Somalia dan dikatakan menjadi perancang serangan terhadap universiti di bandar ini. - AFP

Tags / Kata Kunci: Somalia , al-Shehab , Kenya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan