Ops Judi Khas: 1,071 Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

GUANGDONG: Polis bandaraya yang melancarkan operasi khas menahan 1,071 suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian, lapor pegawai pasukan keselamatan itu.

Pengarah Pejabat Am Jabatan Keselamatan Awam Guangdong, Lu Feng berkata, kebanyakan suspek ditahan terdiri daripada pegawai bank, ahli kumpulan kongsi gelap dan juruteknik yang bertanggungjawab membangunkan perisian dan laman web untuk perjudian dalam talian, pada Rabu.

Menurut Lu Feng, daripada suspek yang ditahan itu, 15 daripadanya disyaki ketua kumpulan dan ahli kongsi gelap telah diserahkan kepada pihak bertanggungjwab untuk pendakwaan.

"Lebih 330 juta Yuan (AS$52.8 juta) wang perjudian yang didepositkan ke dalam akaun milik ahli kumpulan turut dibekukan.

"Menurut statistik Kementerian Keselamatan Awam, kes ini merupakan kes perjudian dalam talian terbesar yang pernah kami tumpaskan di tanah besar sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 1949," jelas Lu Feng pada sidang media di Guangzhou.

Dalam pada itu, Lu Feng turut memberitahu, penahanan dan rampasan wang perjudian terbesar dilakukan pihak polis dalam operasi besar-besaran '221'.

Lebih 6,000 anggota polis menyertai operasi khas tersebut, malah sejumlah besar kad bank, buku deposit, komputer riba, telefon bimbit, kereta dan peralatan lain turut dirampas.

Operasi khas itu turut menyasarkan bandar Shantou dan Chaozhou di bahagian timur Guangdong pada 21 Disember selepas beberapa bulan penyiasatan dijalankan.

Pengarah Keselamatan dalam talian Jabatan Keselamatan Awam Guangdong, Yu Canxian berkata kumpulan tersebut menubuhkan lebih 200 laman web perjudian dan platform, pelayan (server) kawasan-kawasan di luar dan dalam negara malah menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian untuk menarik perhatian kaki judi.

Kumpulan tersebut berjaya menarik lebih 400,000 ahli untuk bertaruh secara haram pada tiket loteri di tanah besar dan Hong Kong, kata Yu. 


Tags / Kata Kunci: Guangdong , Lu Feng , Yu Canxian

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan