Letupan Di Pelantar Minyak, Empat Maut

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO: Empat maut dan 16 tercedera selepas berlaku letupan di pelantar minyak yang dikendalikan oleh Mexico Pemex pada Rabu sehingga memaksa 300 orang dipindahkan.

Berikutan kebakaran di pelantar minyak itu lapan kapal pemadam  dengan meriam air dikerahkan ke platform Abkatun A-Permanente di Teluk Mexico, Campeche.

Letupan berlaku pada pukul 3.40 pagi di kawasan platform dehidrasi dan pam yang terletak di luar pantai, timur Campeche, menurut satu kenyataan agensi keselamatan tenaga ASEA.

"Kebakaran tersebut diluar kawalan dan gagal dipadamkan," kata jurucakap Pamex kepada AFP sambil menambah letupan tersebut tidak mencetuskan tumpahan minyak.

Selain itu, jurucakap tersebut berkata, seramai  16 mangsa dimasukkan ke hospital dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Seramai 45 mangsa yang lain menerima rawatan pesakit luar dan kebanyakan mereka dibenarkan pulang kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Kira-kira 300 pekerja telah dipindahkan ke platform lain manakala mangsa yang tercedera dibawa ke hospital Pemex di Ciudad de Carmen.

AFP turut menerima rakaman video yang diambil dari sebuah bot yang menunjukkan api besar dan asap menyelubungi platform itu pada waktu malam.


Tags / Kata Kunci: Pelantar Minyak , Mexico

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan