Empat Letupan Bom Gegar Bandar Pattani

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 8:56 PM

Dua anggota keselamatan berkawal di hadapan premis pameran kereta di mana salah satu dari empat butir bom diletupkan di Bandar Pattani awal pagi Khamis -- fotoBERNAMA (2015)

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Pattani digegarkan lagi dengan kejadian empat letupan bom serentak yang menyebabkan seorang awam cedera parah.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Pol Col Kirati Waeyusuf berkata letupan berlaku pada pukul 2.00 pagi di kawasan pekan dengan sasaran adalah syarikat peniagaan dan bekalan elektrik.

Letupan berlaku hanya beberapa jam selelepas kerajaan Perdana Menteri, Jen Prayuth Chan-Ocha membatalkan penguatkuasaan undang-undang tentera dan menggantikannya dengan Artikel 44 Perlembagaan Sementara yang memberi kuasa mutlak kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan untuk Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) yang diketuai Prayuth mengeluarkan arahan dan perintah.

Bom pertama meletup di hadapan bilik pameran syarikat kereta Isuzu yang menyebabkan cerminnya pecah dan tiga buah kereta rosak serta turut merosakkan 10 premis perniagaan lain.

Bom kedua pula meletup di hapadan bilik pameran motosikal, 30 meter daripada kawasan letupan bom pertama yang menyebabkan lima buah motosikal dan sebuah kereta rosak. 

Bom ketiga meletup di hadapan kedai menjual minumn keras di Jalan Yarang yang menyebabkan cerminnya pecah, sebuah kereta serta tiga buah rumah turut rosak.

Manakala bom keempat meletup di tepi tiang elektrik yang mengakibatkan lima tiang elektrik tumbang dan menyebabkan bekalan elektrik di bandar Pattani terputus selama 30 minit.  

Ia turut mencederakan seorang orang awam apabila tiang elektrik tumbang ke atas motosikalnya.

Pihak polis percaya mereka yang melakukan kesemua serangan itu tidak kurang daripada 10 orang.
Tags / Kata Kunci: letupan bom , Pattani

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan