Tentera Iraq Bebaskan Tikrit Daripada Cengkaman IS

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 9:14 AM

(Ubah saiz teks)

TIKRIT: Kerajaan Iraq mendakwa agensi keselamatan negara itu yang mendapat sokongan daripada tentera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berjaya membebaskan bandar Tikrit daripada cengkaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Operasi menawan bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein itu dimulakan sejak 2 Mac sebelum kerajaan Iraq mendakwa telah mencapai kejayaan besar pada Selasa.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menerusi twitternya mengumumkan bahawa Tikrit telah dibebaskan selain mengucap tahniah kepada anggota keselamatan dan sukarelawan.

Haider turut memuji anggota keselamatan yang terdiri daripada separa tentera kerana berjaya membantu membebaskan cengkaman terhadap bandar pengikut Sunnah itu.

Sementara itu, tentera perikatan yang diketuai AS memberitahu, walaupun kerajaan mengumumkan pembebasan, namun sebahagian bandar berkenaan masih ditawan kumpulan militan.

Kenyataan itu hadir beberapa minit selepas Haider mengeluarkan status terbaru di Twitternya.

Tags / Kata Kunci: Tikrit , Iraq

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan