Penyiasat Temui Rakaman Terakhir Penumpang Germanwings

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 8:47 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN penyiasat nahas pesawat Germanwings menemui sebuah telefon bimbit yang mempunyai rakaman detik cemas dan jeritan 150 penumpang serta anak kapal sebelum penerbangan itu terhempas di pergunungan Alps, Perancis.

Rakaman menyayat hati itu ditemui pasukan penyiasat di lokasi nahas minggu lalu, sekaligus mendedahkan babak terakhir mangsa sebelum semuanya terkorban.

Rakaman panjang itu dilapor merekodkan suasana cemas sehingga ke saat akhir sebelum pesawat tersebut berkecai.

Menurut dua wakil akhbar Eropah yang dibenarkan menonton video berkenaan mendedahkan, suasana kabin cemas dan penumpang mula menjerit serta memohon kepada tuhan semoga diselamatkan.

Turut kedengaran bunyi juruterbang pesawat berkenaan berusaha memecahkan pintu kokpit yang telah dikunci oleh pembantunya, Andreas Lubitz - suspek yang bertanggungjawab dalam nahas berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Germanwings , Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan