Jasad Kuan Yew Selamat Disemadikan

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 8:38 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Ribuan orang termasuk kenamaan dari seluruh dunia pada Ahad memberikan ucapan perpisahan kepada seorang daripada pemimpin terkemuka abad ke-20, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura.

Kuan Yew meninggal dunia pada pagi Isnin pada usia 91 tahun.

Antara ketua negara dan pemimpin dunia yang hadir pada Pengebumian Negara ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Jepun  Shinzo Abe, Perdana Menteri Australia Tony Abbot dan bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton.

Dalam suasana suram berserta hujan, perarakan jasad Kuan Yew untuk dibawa bagi Pengebumian Negara di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) di Universiti Nasional Singapura, telah melalui mercu tanda signifikan seperti Bangunan Parlimen Lama, Dewan Bandaraya dan Padang, serta kawasan-kawasan penting di pusat bandaraya ini membabitkan jarak sejauh 15.4 kilometer.

Tanpa menghiraukan hujan, rakyat Singapura termasuk pegawai khidmat awam daripada agensi-agensi keluar beramai-ramai dan memenuhi kawasan di sepanjang laluan itu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin itu, yang telah mentransformasikan negara ini daripada kelas dunia ketiga kepada bandaraya paling moden dan aman untuk dihuni di dunia ini.

Di UCC, sebaik sahaja upacara pengebumian bermula, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak Kuan Yew, dalam eulogi beliau berkata: "Ini merupakan minggu yang amat menyedihkan bagi Singapura."

"Cahaya yang telah memandu kita selama ini telah dipadamkan. Kita telah kehilangan bapa pengasas kita Encik Lee Kuan Yew, yang hidup dan bernafas di Singpura sepanjang hayatnya.

"Beliau dan pasukannya telah memimpin generasi perintis kita untuk mewujudkan negara pulau ini."

Beliau berkata Kuan Yew ketika kecil tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang ahli politik apatah lagi seorang negarawan.

"Malah, datuknya mahu beliau menjadi seorang English gentleman! Tetapi pengalaman hidup beliau telah memberikan kesan besar kepada beliau.

"Beliau telah menjadi rakyat British semasa Singapura dijajah. Beliau berjaya mengharungi kesusahan, bahaya dan ketakutan semasa penjajahan Jepun. Ini telah mendorong beliau berjuang untuk kemerdekaan," kata Hsien Loong.

Hsien Loong menambah: "Daripada debu Perpisahan, Kuan Yew telah membina sebuah negara."

Beliau mengambil perhatian satu daripada legasi terhebat Kuan Yew adalah menyediakan Singapura untuk meneruskannya selepas ketiadaan beliau.

Kira-kira 2,200 tetamu memenuhi UCC bagi Pengebumian Negara untuk mendiang Lee Kuan Yew.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan