Adik Tiri Michael Schumacher Penumpang Pesawat Germanwings

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 12:32 PM

Sebastian Stahl (kiri) merupakan adik tiri kepada Michael Schumacher

(Ubah saiz teks)

ADIK tiri lagenda F1, Michael Schumacher tersenarai di antara penumpang pesawat Germanwings sebelum penerbangan malang itu terhempas di pergunungan Alps, Perancis.

Bagaimanapun dia bernasib baik apabila tidak menaiki pesawat tersebut dengan membatalkan hasratnya pada minit terakhir.

Sebastian Stahl yang merupakan bekas pelumba A1GP menjalani pengambaran iklan di Barcelona sebelum nahas yang mengorbankan 150 penumpang dan anak kapal itu berlaku.

Pelumba berusia 36 tahun itu hampir menaiki pesawat tersebut apabila pihak krew ingin menangguhkan perjalanan mereka akibat hujan lebat yang melanda bandar Sepanyol.

Stahl bagaimanapun bernasib baik apabila pihak produksi membuat keputusan di saat akhir untuk mengikut pelan asal dan tindakan itu memaksa dia membatalkan hasrat untuk menaiki pesawat tersebut.

Stahl menerangkan, ramai yang menyangka dia merupakan salah seorang penumpang yang terkorban kerana namanya tersenarai antara penumpang.

"Ia merupakan situasi yang sukar untuk dipercayai, saya terpaksa menerangkan kepada ramai orang bahawa saya masih hidup.

"Saya pulang sehari lebih awal menggunakan penerbangan yang sama dari Barcelona menuju ke Cologne."

Pelumba itu berkata, dia sangat bernasib baik kerana terlepas daripada kejadian tersebut selepas rakan sekerjanya menukar keputusan di saat akhir.

"Kami ada terfikir untuk menangguhkan penerbangan dan pulang pada keesokan hari dan saya terpaksa membuat tempahan baru dan menaiki pesawat tersebut tetapi saya bernasib baik ianya tidak berlaku," kata beliau.

Stahl juga memberitahu, pesawat yang dinaikinya itu melalui kawasan pergunungan Alp, lokasi di mana pesawat 9525 terhempas yang dikata dilakukan dengan sengaja oleh pembantu juruterbang, Andreaz Lubitz, Selasa lalu.

"Saya mendoakan agar dia cepat pulih," kata Stahl apabila ditanya mengenai abang tirinya, Michael Schumacer yang berada dalam keadaan koma selama enam bulan akibat kemalangan ski pada 2013.

Tags / Kata Kunci: Germanwings

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan