52 Cedera Dipanah Petir

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

QUITO: Seramai 52 pelatih di sebuah pusat latihan untuk polis trafik di sini tercedera akibat panahan petir dan daripada jumlah itu, sebanyak 15 lagi dimasukkan ke hospital.

"Pelatih-pelatih bergerak secara berkumpulan untuk memasuki dewan makan namun mereka telah disambar petir yang kuat di bangunan itu," kata pusat latihan itu dalam satu kenyataan.

Daripada 52 mangsa, seramai 37 telah dirawat di pusat latihan berkenaan menakala 15 lagi di bawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, kesemua 15 mangsa telah dibenarkan pulang dari hospital.

Terdahulu, pada Januari, tiga sekeluarga maut akibat panahan petir di wilayah Andean, Loja, sempadan Peru.

Tags / Kata Kunci: Petir , Peru

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan