Lubitz Rancang Lakukan Jenayah Kejam - Bekas Kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 10:20 AM

Sebuah helikopter sedang meninjau keadaan lokasi nahas.

(Ubah saiz teks)

PEMBANTU juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz memberitahu bekas kekasihnya bahawa dia merancang untuk melakukan jenayah kejam yang boleh menyebabkan dirinya diingati selamanya.

Perkara itu didedahkan oleh bekas kekasih Lubitz pada kepada sebuah akhbar Jerman, Bild pada malam Jumaat.

Bekas kekasih itu yang namanya tidak didedahkan berkata Lubitz sering terjaga dari mimpi ngeri dan menjerit 'kita akan terhempas".

Andreas Lubitz.

Malah wanita tersebut berkata Lubitz pernah memberitahunya pada tahun lalu bahawa dia mahu melakukan sesuatu yang luar biasa.

"Satu hari nanti, saya akan melakukan sesuatu yang akan mengubah kesemua sistem dan kemudian mereka akan ketahui nama saya dan mengingatinya," dakwa wanita itu.

Sebaik sahaja bekas teman wanitanya menerima berita insiden nahas pesawat Germanwings 4U9525 pada Selasa dia teringat kembali kata-kata yang pernah diungkapkan lelaki itu.

"Saya tidak pernah terfikir mengenainya tetapi sekarang ia masuk akal," katanya kepada Bild.

Wanita tersebut memberitahu dia meninggalkan Lubitz kerana takut dengan perlakuannya yang tidak menentu.

Rumah milik Lubitz yang terletak di Dusseldorf.

Pasangan tersebut menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun dan tinggal di sebuah rumah flat di pinggir Dusseldorf. 

Terdapat laporan yang mendakwa mereka sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada tahun depan.


Tags / Kata Kunci: Andreas Lubitz

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan