Pembantu Juruterbang GermanWings Sembunyikan Cuti Sakit

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 11:52 PM

Andreas Lubitz.

(Ubah saiz teks)

DUESSELDORF, Jerman: Pembantu juruterbang yang didakwa sengaja menjunamkan pesawat Germangwings ,4U 9525 ke pergunungan Alps Perancis, dilapor telah menyembunyikan surat cuti sakit yang diberikan doktor pada hari kejadian, kata penyiasat Jerman.

Siasatan di rumah Andreas Lubitz, 28, menemui beberapa dokumen perubatan yang mengesahkan penyakit dialami dan rawatan yang dijalani dengan doktor serta surat cuti sakit yang sudah digumpal termasuk yang dikeluarkan pada hari nahas (Selasa), kata pasukan penyiasat.

Keadaan itu mengesahkan apa yang disyaki selama ini, Lubitz yang dikatakan menghidap kemurungan teruk, menyembunyikan penyakit itu daripada majikan dan rakan-rakan, kata jurucakap pasukan penyiasat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dia juga dikatakan telah mengunci juruterbang dari kokpit pada Selasa sebelum menetapkan kawalan pesawat untuk menjunam di lembah berbatu bagi menghapuskan pesawat itu serta membunuh 150 penumpang dan anak kapal.

Hasil dari siasatan juga mendapati Lubitz disahkan menjadi pesakit di Hospital Universiti Dusseldorf selama dua bulan yang lalu dan dia dikatakan tidak mendedahkan keadaan kesihatannya pada syarikat penerbangan itu kerana bimbang akan kehilangan lesen penerbangan.

Namun begitu, polis memberitahu tiada nota bunuh diri ditemui dalam pencarian yang mengambil masa lima jam itu.

Jurucakap syarikat penerbangan memberitahu kepada Mail Online pada Khamis, syarikat itu tidak mengetahui mengenai sijil cuti sakitnya dan berkata menjadi tanggungjawab Lubitz untuk memaklumkan kepada majikan jika dia mengalami masalah kesihatan.

Hasil makluman dari teman rapatnya, Lubitz dikatakan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penerbangan kerana dia seringkali berkongsi gambar pesawat di media sosial dan mengambil kelas penerbangan seawal usia 14 tahun.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan