Amsterdam Alami Gangguan Kuasa Elektrik Terbesar

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Bandar raya Amsterdam dan kawasan sekitarnya mengalami gangguan bekalan elektrik disebabkan bebanan melebihi had, menurut syarikat pengendali bekalan elektrik Belanda, TenneT pada Jumaat. 

Agensi berita tempatan, Algemeen Nederlands Persbureau (ANP) melaporkan gangguan tersebut meliputi sebahagian besar wilayah Utara Belanda termasuk pusat penyiaran berdekatan Hilversum. 

Gangguan bekalan tersebut dipercayai berpunca daripada kerosakan pencawang elektrik voltan tinggi  di pinggir Amsterdam, Diemen. 

Bagaimanapun, Tennet tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen sehingga bila masalah tersebut akan berlanjutan. 

Lapangan Terbang Amsterdam Shipchol, turut mengalami gangguan sementara sebelum mereka bertindak menggunakan bekalan kuasa kecemasan. 

Kesemua penumpang mendaftar seperti biasa dan tiada kelewatan penerbangan dilaporkan, kata jurucakap lapangan terbang tersebut. 

Berikutan gangguan tersebut, sebahagian besar perjalanan kereta api seluruh negara terpaksa dibatalkan dan sistem lampu isyarat turut terjejas.

Hospital juga beroperasi menggunakan bekalan kuasa tambahan, lapor Syarikat Televisyen Belanda (NOS).

Tags / Kata Kunci: gangguan bekalan elektrik , Amsterdam

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan