Andreas Lubitz Disahkan Sebagai Pembantu Juruterbang Pesawat Germanwings

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 9:42 PM

Andreas Lubitz.

(Ubah saiz teks)

FRANKFRUT: Kelab Penerbangan LSC Westerwald di Montabaur, Jerman mengesahkan Andreas Lubitz sebagai pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Menurut kelab itu, Lubitz merupakan ahli kelab tersebut.

"Andreas menjadi ahli kelab itu sejak usia muda untuk mencapai cita cita menjadi seorang juruterbang.

"Dia disahkan sebagai pembantu juruterbang bagi pesawat tersebut apabila salah seorang ahli kelab itu mengenal pasti gambar beliau di dalam sebuah akhbar.

Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan bagi mencari punca pesawat terhempas yang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Barcelona dengan membawa lebih kurang 150 penumpang.

Menurut hasil siasatan kotak hitam pesawat tersebut, salah seorang juruterbang telah keluar dari kokpit sebelum pesawat itu terhempas.

Sebuah akhbar di pekan Montabaur, yang terletak di Rhineland Palatinate, Jerman turut mengeluarkan satu kenyataan melahirkan rasa simpati kepada keluarga beliau tetapi tidak menyatakan nama Lubitz.

Namun, pihak Germanwings dan syarikat induknya, Lufthansa turut enggan mendedahkan nama nama juruterbang yang terlibat dan maklumat lain mengenai kejadian tersebut.

Seorang pendakwa di Marseille, Brice Robin mendakwa Lubitz mungkin sengaja menyebabkan pesawat tersebut terhempas.

Dakwaan itu susulan analisis awal data perakam suara kokpit mendedahkan salah seorang juruterbang terkunci di luar kokpit.

Analisis awal itu memaklumkan bahawa juruterbang itu cuba memecah pintu kokpit untuk masuk ke dalam.

Bagaimanapun, masih belum ada petunjuk mengapa juruterbang itu meninggalkan kokpit dan apakah yang berlaku kepada juruterbang yang berada di dalam kokpit pesawat itu.

"Pembantu juruterbang itu bersendirian di dalam kokpit. Dia enggan membuka pintu kokpit kepada juruterbang dan menjatuhkan pesawat itu dengan sengaja," kata Robin berdasarkan maklumat awal data perakam di kokpit.

Tags / Kata Kunci: Germanwings , Andreas Lubitz

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan