Sultan Johor Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kuan Yew

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 9:31 PM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar adalah antara kenamaan yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, anak kepada Kuan Yew mengiringi Sultan Ibrahim ke keranda di mana jasad Kuan Yew diletakkan untuk penghormatan sehingga Sabtu. 

Turut hadir Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. 

Presiden Dr Tony Tan Keng Yam dan isteri Mary Chee; Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan para menteri Kabinet adalah antara kenamaan lain yang kelihatan turut hadir memberi penghormatan.

Kuan Yew, perdana menteri pertama yang mentadbir Singapura selama 31 tahun meninggal dunia Isnin lepas.
Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , Lee Kuan Yew

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan