Lima Cedera, Roket Pertempuran Syria Meletup Di Turki

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 11:35 PM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Sebuah roket dilepaskan tentera Syria semasa pertempuran dengan pemberontak sehingga mencederakan lima orang di Turki pada Rabu selepas letupan berlaku di sempadan negara tersebut, kata tentera Turki.

Roket itu mendarat 200 meter (650 kaki) dari pos tentera Turki berhampiran bandar Reyhanlı dan menyebabkan sebahagian bumbung runtuh, tingkap pecah dan dua kenderaan tentera musnah.

Tentera Turki membalas tembakan ke arah pos tentera Syria sebagai serangan balas.

"Ketika tentera Syria melepaskan tembakan ke arah pemberontak itu, roket tersebut telah jatuh di daerah Raeyhanli," kata tentera dalam satu kenyataan.

Gambar yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan roket itu mendarat di dalam kawah sedalam tujuh meter.

Turki yang membuka sempadan negara dengan Syria sepanjang perang saudara selama empat tahun itu telah menutup semula sempadan tersebut sebagai langkah keselamatan. 

Roket dan peluru sesat yang sering membedil wilayah tersebut mendorong tentera Turki untuk membalas serangan sejajar dengan peraturan pertempuran.

Serangan bom yang didakwa Turki dilancarkan pejuang yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad mengorbankan 50 orang di Reyhanli pada 2013.
Tags / Kata Kunci: roket , Syria , Turki

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan