Nahas Germanwings: Tiada Penumpang Terselamat - Hollande

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 10:33 PM

Waris keluarga penumpang hiba selepas dimaklumkan mengenai berita kemalangan pesawat Germanwings.

(Ubah saiz teks)

SEYNE-LES-ALPES, France: Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings yang terhempas di selatan Perancis, petang Selasa.

"Keadaan nahas yang masih belum diketahui menyebabkan kita mengandaikan bahawa tiada siapa yang terselamat," kata Hollande.

Germanwings mengesahkan pesawat 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas. 

Ia adalah kemalangan pesawat Airbus pertama di Perancis sejak tragedi Concorde di Paris kira-kira 15 tahun lalu.

Sementara itu, pemilik sebuah tapak perkhemahan di kawasan pergunungan itu berkata dia terdengar bunyi sangat kuat agak lama di udara sebelum pesawat Germanwings itu terhempas.

Pierre Polizzi berkata dia terdengar bunyi kuat itu pada pukul 11.30 pagi (waktu Perancis).

"Memang biasa ada pesawat pejuang yang terbang di kawasan ini, jadi saya sangka pesawat itulah. Namun apabila tengok di luar, saya tidak nampak sebarang pesawat pejuang.

"Bunyi yang saya dengar agak lama, seperti pesawat itu terbang lebih perlahan daripada kelajuan pesawat tentera. Selepas terhenti seketika, tidak lama kemudian terdengar lagi bunyi bising," katanya.

Polizzi berkata, memang sukar untuk ke tempat nahas kerana kawasan pergunungan itu diliputi salji dan sangat mencabar.

Tags / Kata Kunci: Germanwings , terhempas

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan