Wanita Menyamar Lelaki Lebih 40 Tahun Terima Anugerah

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 11:02 AM

Sisa ketika menerima anugerah daripada al-Sisi baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Akibat desakan hidup, seorang wanita terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menyara keluarganya sejak kematian suaminya lebih 40 tahun lalu.

Kegigihan wanita Mesir ini mendapat perhatian Presiden negara itu, Abdel Fattah al-Sisi sehingga bersetuju untuk menyampaikan penghargaan kepada Sisa Gaber Abu Douh.

Wanita berusia 65 tahun itu kini digelar ibu paling tabah di bandar kelahirannya di Luxor.

Malahan, pengorbanannya melayakkan beliau menerima anugerah daripada Kementerian Perpaduan Sosial sempena sambutan Hari Ibu di negara-negara Timur Tengah, minggu lalu.

Kata Sisa, dia terpaksa menyamar sebagai lelaki kerana mahu mengelakkan persepsi buruk masyarakat terhadap golongan wanita yang terpaksa bekerja untuk menyara keluarganya.

"Saya lebih rela menggunakan tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi daripada mengemis di jalanan," kata wanita ini yang pernah bekerja sebagai buruh, pengilat kasut dan petani.

Ketabahan dan kesabaran Sisa diketahui selepas menerima anugerh berkenaan dan mendapat liputan meluas media tempatan.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan