35,000 Orang Keluar Ke Jalan Raya Untuk Beri Penghormatan Terakhir Kepada King Richard III

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 1:10 PM

Beribu membanjiri jalan raya di Leicester, England untuk memberi penghormatan kepada King Richard III yang rangkanya hanya ditemui kurang lebih 500 tahun selepas kematiannya dalam Peperangan Bosworth.

(Ubah saiz teks)

LEICESTER (United Kingdom): Dianggarkan lebih 35,000 orang telah membanjiri jalan raya di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada King Richard III sebelum mendiang disemandikan secara sempurna - 500 tahun selepas kematiannya dalam pertempuran Bosworth pada tahun 1485.

Richard adalah raja England yang terakhir meninggal dunia dalam peperangan. Dia hanya memerintah tidak sampai tiga tahun dan baru berusia 32 tahun ketika mati.

Rangkanya yang hampir sempurna ditemui tertanam di lapangan tempat letak kereta majlis perbandaran di sini pada tahun 2012 secara tidak sengaja ketika kerja-kerja pengorekan dilakukan.

Hasil kajian DNA oleh University Leicester yang dipadankan dengan anak saudaranya keturunan ke-16 mengesahkan yang rangka itu adalah milik raja berkenaan.

Rangka King Richard telah diletakkan di dalam keranda kayu Oak yang dibuat oleh Michael Ibsen, anak saudaranya itu yang juga merupakan seorang pengukir kayu.

Ketika kerandanya diusung melewati jalan-jalan raya menuju ke tanah perkuburan, dia telah diberi penghormatan diraja dengan 21 das tembakan meriam.

Ibsen adalah satu-satunya keturunan King Richard secara langsung yang masih hidup dan DNAnya digunakan untuk mengesahkan rangka yang ditemui itu adalah milik bekas pemerintah terakhir England dari Keturunan York itu.

Bala tentera Richard tewas dalam pertempuran Bosworth di tangan raja berikutnya iaitu Henry Tudor, yang kemudiannya menggunakan gelaran Henry VII.

Selepas Richard gugur di medan perang, mayatnya telah ditanam tanpa tanda di tanah perkuburan Greyfriars di sini tetapi menjelang 1530, kawasan perkuburan itu telah diratakan untuk tujuan pembangunan lain.

Sejak itu, kubur King Richard hilang tanpa kesan sehinggalah ditemui semula pada 2012 tanpa sengaja oleh pekerja-pekerja binaan.

Pengesahan rangka yang ditemui itu turut menggunakan teknologi radio karbon yang akhirnya menunjukkan yang ia berusia antara tahun 1455 hingga 1540.

King Richard dikenali sebagai raja yang memperkenalkan sistem ikat jamin ketika era pemerintahannya yang singkat itu.

Dia juga dijadikan popular oleh sasterawan terkenal, William Shakespeare yang menulis pementasan mengenai King Richard yang digambarkan sebagai bertanggungjawab di atas kehilangan dua orang anak abangnya yang patut menjadi raja tetapi terlalu kecil untuk dimahkotakan bagi membolehkannya terus kekal di atas takhta.

Bagaimanapun, para sejarawan menyifatkannya sebagai seorang raja yang kejam. Antara mangsa pembunuhannya ialah King Henry VI dan dua orang anak saudaranya yang merupakan pewaris takhta yang sepatutnya.

Ketika Richard membunuh Henry VI, dia masih lagi bergelar Duke of Gloucester. Henry VI adalah dari dinasti yang lain.

Dia telah melawat Henry yang dipenjarakan di Tower of London atas dakwaan menjadi gila, lalu membunuh raja itu dalam usahanya untuk memastikan abangnya, Edward IV, menaiki takhta tanpa dicabar oleh keturunan raja yang lain.

Selepas abangnya meninggal dunia, Richard telah dilantik sebagai penjaga waris takhta sehinggalah anak saudaranya yang juga bernama Edward yang baru berusia 13 tahun dapat dinobatkan sebagai Edward V.

Bagaimanapun dia telah merencanakan satu muslihat dengan menyebarkan fitnah mengatakan kedua-dua anak abangnya itu adalah anak luar nikah dan oleh yang demikian tidak layak mewarisi takhta.

Sebulan selepas Richard dinobatkan sebagai raja, dua orang anak saudaranya itu yang masih lagi kanak-kanak dan dipenjarakan di Tower of London hilang. Mereka tidak pernah ditemui lagi.



iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan