IS Mengaku Serang Masjid Yaman

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 9:38 AM

Mangsa bergelimpangan dalam masjid selepas serangan pengebom berani mati ketika solat Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SANAA: Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melancarkan tiga serangan bom ketika solat Jumaat di dua masjid di sini hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 142 orang.

AFP melaporkan, ia adalah serangan pertama yang didalangi IS di Yaman dan dianggap sebagai yang terburuk di negara bergolak itu.

Serangan tersebut menyasarkan puak Syiah Houthi yang ketika ini menguasai ibu kota Sanaa, hingga memaksa Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi melarikan diri ke wilayah lain.

Kumpulan itu didakwa mendapat sokongan daripada Iran cuba menguasai Yaman yang majoritinya penduduk berfahaman Sunni.

Selain itu, Al Jazeera pula menerusi laporannya menyebut, IS dalam kenyataannya berkata, serangan tersebut hanyalah permulaan dan berikrar akan meningkatkan lagi tekanan ke atas puak Houthi.

“Syiah Houthi perlu tahu bahawa IS tidak akan berehat sehingga mereka dihapuskan dan menghalang Iran yang cuba campur tangan di Yaman,” katanya.

Dalam serangan itu, 142 maut selepas tiga penyerang berani mati meletupkan bom di dua buah masjid yang digunakan militan Houthi untuk solat Jumaat.

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dalam Masjid Badr di selatan Sanaa dan seorang lagi menyasarkan jemaah yang melarikan diri di pintu masjid berkenaan.

Serangan ketiga disasarkan pada Masjid Al-Hashahush di utara Sanaa. 



Tags / Kata Kunci: IS , Syiah Houthi , Yaman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan