Drone Seludup Dadah, Senjata Ke Penjara Terhempas

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

CUBAAN menyeludup dadah, senjata dan telefon bimbit ke sebuah penjara di United Kingdom menggunakan drone gagal apabila kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) itu terhempas sewaktu terbang memasuki kawasan tersebut.

Portal berita Mirror melaporkan insiden yang dikatakan pertama seumpamanya di Britain itu berlaku apabila pesawat kawalan jauh tersebut terhempas ke kawasan jaring di sekitar penjara Bedford di Bedfordshire.

Sebuah bungkusan turut dikesan dilekatkan bersama alat itu yang mengandungi dadah, telefon, pisau dan pemutar skru.

Semua ketua penjara di seluruh Britain kini mengambil perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cubaan penyeludupan itu.

Menurut sumber: "Kami percaya ia merupakan pertama kali berlaku melibatkan drone yang digunakan untuk membawa masuk dadah ke dalam sebuah penjara di United Kingdom. Ianya dengan mudah dapat dikesan. Bagaimanapun, mungkin ada yang lain berjaya melepasinya.

"Menggunakan drone jauh lebih mudah berbanding seseorang secara fizikal dengan mencampakkan bungkusan itu ke dinding atau tembok keselamatan."

Bungkusan itu kini diserahkan kepada pihak polis. 

Seorang jurucakap Polis Bedfordshire berkata: "Kami mendapat panggilan untuk melaporkan mengenai sebuah drone kecil ditemui bersama satu bungkusan di kawasan jaring di atas dinding keselamatan penjara HMP Bedford pada pukul 11.30 malam pada 6 Mac lalu.

"Kedua-dua peranti dan kandungan di dalam bungkusan itu kini sedang diperiksa, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalangnya. Kami bekerjasama rapat dengan pihak penjara bagi menyiasat insiden ini."

Menurut laporan pemeriksaan, penjara Bedford yang mempunyai 500 banduan itu memiliki sistem yang baik bagi mengelakkan sebarang penyeludupan dadah ke dalam bangunan.

Pada Februari 2014, bekas banduan Bedford, Lee Hocking, 28, dari Watford, Hertfordshire, dipenjara selama empat tahun selepas mencampakkan sebuah bungkusan mengandungi dadah, tembakau dan telefon bimbing ke dinding penjara.

Pada Jun tahun yang sama, sebuah drone yang membawa dadah terhempas ketika cuba melepasi kawasan jaring di tembok keselamatan di penjara Wheatfield di Dublin.

Kaedah penyeludupan yang sama digunakan di Amerika Syarikat (AS). 

Penggunaan drone dikawal ketat di bawah peraturan pihak berkuasa penerbangan awam. - mirror.co.uk 

Tags / Kata Kunci: drone

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan