Mendayung Di Lautan Sampah Mencari Rezeki - Berita Dunia | mStar

Mendayung Di Lautan Sampah Mencari Rezeki

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 9:48 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa di Manila, Filipina dilapor terpaksa mendayung rakitnya di sebatang sungai yang kotor selama 12 jam setiap hari demi mendapatkan pulangan sebanyak RM10.

Lelaki itu yang dibantu anak lelakinya mendayung di tengah lautan sampah tersebut untuk mencari botol plastik dan tin terbuang.

Perkara itu bukan pekerjaan mudah yang ingin dilakukan tetapi sebagai ketua keluarga, lelaki berkenaan terdesak untuk menyara ahli keluarga.

Selain lelaki itu, ribuan lagi keluarga di negara berkenaan menjadikan sampah sebagai sumber pendapatan.

Gambar itu dirakam sempena Hari Air sedunia baru-baru ini yang turut bertujuan mewujudkan sungai yang bersih khususnya di negara itu.


Tags / Kata Kunci: Filipina , Sampah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan