IS Sembelih Empat Lelaki Didakwa Pengintip

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) mendedahkan gambar baharu mengenai hukuman mati yang dilakukan terhadap empat lelaki yang didakwa sebagai pengintip kerajaan Iraq.

Gambar ngeri bertajuk 'menghaspuskan pengintip' didakwa diambil di wilayah Salahuddin sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Menurut kapsyen pada gambar berkenaan, empat lelaki terbabit yang merupakan pengintip bagi kerajaan Iraq telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Islam kumpulan itu.

Menerusi gambar itu juga tiada orang awam kelihatan menyaksikan hukuman mati tersebut walaupun ia dilakukan di tempat terbuka.

Gambar yang bermula dengan lima lelaki berdiri di belakang tawanan berakhir dengan mangsa telah disembelih manakala kepala diletakkan di belakang badan.

IS beberapa hari lalu turut mendedahkan gambar hukuman tembak terhadap sekumpulan lelaki yang turut didakwa sebagai pengintip.

Hukuman itu turut tidak dilakukan di depan khalayak awam, walaupun dilaksanakan di tempat terbuka.

Tags / Kata Kunci: IS , Pengintip

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan