Kerajaan Syria Bunuh 115 Orang Awam Di Raqqa Dalam Serangan Udara

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Kerajaan Syria dilapor telah melakukan serangan udara yang membunuh secara kejam seramai lebih 100 orang awam yang tinggal di kawasan ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) pada tahun lalu, kata satu laporan pada Selasa.

Laporan yang dikeluarkan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International yang berpangkalan di London memberitahu, serangan yang disifatkan sebagai jenayah perang itu dilakukan oleh rejim berkenaan di Raqqa sekitar November 2014.

Kumpulan itu mendedahkan, serangan terhadap masjid, hub pengangkutan dan pasar yang sibuk pada 11 hingga 29 November itu telah mengorbankan seramai 115 penduduk termasuk 14 kanak-kanak.

Jelas laporan itu, Raqqa merupakan kawasan yang ditawan IS, tetapi lokasi serangan tidak mempunyai kepentingan pejuang militan yang perlu diserang tentera kerajaan.

"Kerajaan Syria secara terang-terangan telah melakukan jenayah perang dengan melancarkan serangan udara secara kejam terhadap orang awam.

"Kerajaan Syria juga tidak mempedulikan serangan yang membunuh orang awam walaupun mereka tahu mangsa yang maut dan cedera terdiri daripada orang awam," katanya.

Berikutan itu, kumpulan berkenaan mendesak agar kerajaan Syria dihadapkan ke mahkamah antarabangsa berikutan jenayah perang dan kekejaman yang dilakukan.


Tags / Kata Kunci: Raqqa , Syria , IS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan