Remaja Britain Cuba Sertai IS Ditahan Di Turki

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Tiga remaja British yang ditahan ketika cuba berlepas Syria untuk menyertai kumpulan militan dibebaskan dengan jaminan selepas disoal siasat selama 24 jam kerana disyaki sebagai pengganas pada Ahad.

Dua remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun dari barat laut London itu ditahan pihak berkuasa Turki pada Jumaat dan dihantar pulang ke Britain pada Sabtu.

"Mereka telah dijamin dan dibawa ke balai polis London sementara menunggu siasatan selanjutnya," kata jurucakap Polis Metropolitan London.

Penahanan yang dilakukan ini berikutan tiga pelajar sekolah meninggalkan London untuk menyertai kumpulan militan di Syria dan dilaporkan seramai 600 rakyat Britain telah berlepas ke negara berkenaan sejak konflik tersebut berlaku.

Akhbar The Times melaporkan ibu bapa kedua-dua remaja tersebut membuat laporan polis apabila anak mereka tidak pulang ke rumah selepas solat Jumaat.

Seorang pegawai Turki mengesahkan bahawa mereka telah ditahan oleh pegawai keselamatan hasil maklumat dari Britain.

Sebaliknya remaja berusia 19 tahun yang dikenali sebagai MAA telah dikesan berada di Istanbul oleh polis lapangan terbang Turki sewaktu memeriksa penumpang yang tiba dari Barcelona, kata pegawai itu.

Kedua-dua pegawai British dan Turki berkata mereka dipercayai dalam perjalanan untuk ke Syria. -AFP


Tags / Kata Kunci: Britain , Turki , IS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan