Bapa Terkejut Anak Main Tengkorak Manusia

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa yang seronok melihat anaknya sedang bermain bagaimanapun terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu sedang memegang tengkorak manusia di belakang rumah mereka.

Dalam kejadian di Baltiysk, Rusia, bapa tersebut Vasiliy Starovoytov, 55, pada mulanya seronok apabila melihat anaknya sedang bergelak dengan sesuatu objek.

Bagaimanapun apabila didekati, dia mendapati, Roman, 8, sedang memegang tengkorak manusia yang diselaputi tanah.

"Saya terkejut apabila Roman menunjukkan tengkorak itu, saya membuangnya dan membawa dia jauh dari situ," katanya.

Hasil pemeriksaan polis di persekitaran rumah Vasiliy dan tengkorak berkenaan mendapati, ia merupakan sebahagian mayat tentera yang maut dalam perang.


Tags / Kata Kunci: Rusia , Tengkorak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan