Pesawat British Airways Berpatah Balik Kerana Bau Busuk Tandas

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat British Airways dalam penerbangannya ke Dubai terpaksa berpatah balik ke London hanya kerana bau busuk dari tandas di dalam kabin.

Anggota majlis perbandaran dari Hertfordshire, Abshiek Sachdev berkata, pesawat yang dinaikinya itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow di London.

Difahamkan kru kabin gagal untuk menyelesaikan "masalah" tersebut dan penerbangan terpaksa berpatah balik apabila bau busuk yang menganggu para penumpang di dalam pesawat.

Anggota majlis perbandaran di Hertfordshire, Coun Sachdev menulis di twitter: "Gila! Penerbangan British Airways yang dinaiki kami untuk ke Dubai terpaksa berpatah balik ke Heathrow kerana bau busuk di dalam tandas. 15 jam lagi untuk penerbangan berikutnya... britishairways."

Seorang anggota majlis perbandaran Tory berkata, pesawat itu berlepas pada malam Khamis (waktu tempatan) dan kesemuanya berada di dalam keadaan baik sehingga juruterbang membuat pengumuman selepas ia terbang selama kira-kira 30 minit sewaktu merentasi Belgium.

Coun Sachdev memberitahu Mail Online: "Juruterbang membuat pengumuman dengan memanggil ketua kru kabin dan kami dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku.

"Kira-kira 10 minit kemudian juruterbang itu berkata, anda mungkin menyedari bau yang kurang menyenangkan dari salah satu tandas.

"Katanya, bau busuk itu daripada cecair najis, itulah perkataan yang dia gunakan. Katanya, ia tidak ada kaitan dengan masalah teknikal pesawat, dan dia menegaskan tentang perkara itu."

Menurut Coun Sachdev, para penumpang kemudiannya diberitahu bahawa pesawat terbabit terpaksa berpatah balik ke London atas sebab kesihatan dan keselamatan.

Beliau menaiki penerbangan itu bersama isterinya yang sedang hamil, Rupa dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Shravani. 

Dipercayai para penumpang terpaksa menunggu penerbangan yang lain selama tiga jam, tetapi akhirnya ia ditangguh sehingga 15 jam.

Coun Sachdev yang tidak duduk berhampiran tandas berkenaan berkata, para penumpang berlepas ke Dubai pada pukul 1 petang (9 malam waktu Malaysia) Jumaat.

Seorang jurucakap British Airways memberitahu akhbar Welwyn Hatfield Times: "Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan kami.

"Kami menyediakan mereka dengan kemudahan penginapan di hotel dan telah menggantikan penerbangan lain pada hari berikutanya dengan pesawat lain." - mirror.co.uk

Tags / Kata Kunci: British Airwats , Heathrow

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan