Bas Terjunam Ke Dalam Gaung, 42 Maut

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 42 penumpang maut apabila sebuah bas pelancong terjunam ke dalam gaung di selatan Brazil pada Sabtu, lapor pihak berkuasa.

Anggota penyelamat berusaha untuk menjejaki mangsa-mangsa lain yang berkemungkinan selamat namun  laluan ke lokasi nahas di Santa Catarina agak mencabar.

"Bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terjunam sedalam 400 meter (1,300 kaki) ke dalam gaung pada waktu malam dan ia merumitkan operasi mencari dan menyelamat," kata jurucakap tersebut.

Punca nahas belum diketahui namun pemandu bas dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam.

Seramai 12 penumpang berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Masih ada lagi mangsa di sana sama ada di dalam gaung ataupun terperangkap di dalam bas namun peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup sangat tipis," kata Kolonel Nelson Coelho.

Menurut statistik, seramai 43,000 warga Brazil maut dalam kemalangan kereta setiap tahun dan kadar kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 24 peratus dari 2002 hingga 2012.

Dijangka hampir 10,000 kereta baru menggunakan jalan raya setiap hari disebabkan ekonomi negara yang semakin berkembang dengan jumlah bilangan penduduk Brazil meningkat seramai 200 juta.

Tags / Kata Kunci: Brazil , Santa Carina

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan