Lelaki Dikurung Dalam Reban Ayam Selama 13 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

DAHULU hidupnya seperti lelaki lain yang bebas bekerja untuk mencari teman hidup serta menjaga ibu tercinta.

Namun selepas ditinggalkan kekasih, Tang Shuangqiang, 46, yang tinggal di sebuah perkampungan di China mula tertekan dan kehidupannya tidak lagi normal seperti orang lain.

Lelaki itu kemudian disahkan mengalami gangguan mental apabila bapanya meninggal dunia.

Dia juga mula mengganggu kehidupan jiran-jiran. Bagi memastikan Tang tidak lebih agresif, ibu lelaki berkenaan terpaksa merantainya dan memenjarakan dia di dalam sebuah reban ayam sejak 13 tahun lalu.

"Dia terlampau tertekan dan pernah menyerang jiran kami. Disebabkan faktor kewangan yang terhad untuk merawatnya, saya mengurungnya demi keselamatan semua," kata ibunya kepada XinHua News.

Walaupun hampir kesemua penduduk tempatan kampung Yangliu, Bandar Shaoyang di wilayah Hunan mengetahui dan sedar akan perkara ini, namun tiada sesiapa yang mengambil tindakan sehinggalah bekas rakan-rakan sekolahnya bercadang untuk membuat perjumpaan semula.

Bekas rakan sekolahnya memutuskan untuk berjumpa dengan ibu Tang dan ingin mengetahui kejadian sebenar apabila lelaki itu gagal menghadirkan diri semasa perjumpaan semula.

"Sudah hampir 28 tahun kami tidak berjumpa dengannya dan ingin mengetahui apa yang berlaku, namun kami berasa terkejut apabila mendapati Tang dikurung dan dirantai di dalam reban ayam.

"Ibunya berpendapat bahawa Tang menghidap Skizofrenia, padahal dia tidak pernah menerima apa-apa bantuan atau rawatan pakar. Lebih menyedihkan lagi, Tang dikurung di bilik sempit yang berkeluasan enam meter persegi selama 13 tahun," kata Guo Hsiung.

Beberapa gambar diambil dan dimuat naik ke beberapa laman sosial dengan harapan ada pihak yang boleh menghulurkan bantuan dan mencari jalan penyelesaian untuk Tang.

"Saya sudah uzur dan ketiadaan suami menyukarkan saya untuk menjaganya jika dia bertindak ganas. Mengurungnya adalah jalan penyelesaian yang sesuai.

"Saya bersyukur sekiranya ada cara lain untuk merawat Tang, namun saya hanya bergantung kepada duit pencen yang terhad," kata ibunya yang berumur 66 tahun.

Perasaan sebak dan pilu dirasai oleh ibunya apabila memikirkan kehidupan Tang sekiranya dia sudah tiada lagi di dunia ini. 

Tags / Kata Kunci: China , Reban Ayam , Kurung

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan