Kerbau Mengamuk Rodok Penjual Daging

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 3:38 PM

Jonet Rufino menunjukkan kesan sodokan kerbau betina berusia tiga tahun.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Seekor kerbau merodok penjual daging di pusat penyembelihan sebelum mengamuk di ibu negara Filipina pada Sabtu.

Insiden itu menggemparkan beratus-ratus orang ramai dan merosakkan perabot di lobi sebuah hotel kecil di sini.

Kerbau betina berusia tiga tahun seberat hampir setengah tan itu mencederakan seramai tiga orang menggunakan tanduknya sepanjang 18 inci (46 sentimeter).

"Saya berlari, tetapi dia lebih pantas. Kerbau itu lambung saya ke udara dengan tanduknya dan apabila saya sedar, saya sedang dijahit di hospital," kata seorang penjual daging, Jonet Rufino yang merupakan mangsa pertama.

"Selama 14 tahun bekerja di sini, ini adalah kali pertama saya diserang oleh binatang," kata lelaki berusia 35 tahun itu yang menerima 14 jahitan pada bahagian belakangnya.

Haiwan itu terlepas dari kawalan sebaik tiba ke sebuah rumah penyembelihan dengan trak dan kemudiannya merodok penjual daging, demikian kata polis penyiasat, James Bagay.

Ia kemudian dengan pantas berlari menuju ke jalan paling sibuk di Manila dan kemudiannya merodok seorang wanita sebelum sampai ke kawasan perniagaan di Cubao yang jaraknya lebih daripada satu kilometer.

Di sana, Bagay berkata, kerbau itu masuk ke dalam lobi sebuah hotel kecil dan melemparkan beberapa perabot, sebelum memecah masuk ke dalam sebuah bangunan pusat panggilan.

Tags / Kata Kunci: Manila

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan