Syarikat Penerbangan Bawa Suspek Pengganas Keluar UK Akan Didenda

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 11:43 AM

Kira-kira 600 rakyat Britain terbang ke Syria atau Iraq untuk menyertai kumpulan militan ISIS, termasuk tiga remaja perempuan iaitu Shamima Begum, 15, Kadiza Sultana, 16, dan Amira Abase, 15.

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT penerbangan yang melanggar perintah jabatan kerajaan dalam negeri United Kingdom (UK) kerana membawa suspek pengganas keluar dari negara boleh dikenakan denda sehingga £50,000 (RM275,667.38), menerusi undang-undang baharu yang akan dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lagi.

Hukuman itu akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang melanggar arahan kerajaan "tidak boleh menaiki pesawat" sekiranya membenarkan suspek pengganas untuk menaiki pesawat mereka.

Kira-kira 600 rakyat Britain terbang ke Syria atau Iraq untuk menyertai kumpulan militan ISIS, termasuk tiga remaja perempuan iaitu Shamima Begum, 15, Kadiza Sultana, 16, dan Amira Abase, 15.

Minimum denda yang dikenakan adalah £10,000 (RM55,135.27) akan dikenakan terhadap syarikat penerbangan yang gagal untuk menyalurkan maklumat terperinci mengenai penumpang dan anak kapalnya.

Undang-undang baharu itu diwujudkan untuk mencegah mereka yang disyaki pengganas keluar ke luar negara untuk menyertai ISIS.

Kabinet dijangka menguatkuasakan undang-undang itu pada awal bulan depan.

Jika polis atau agensi keselamatan mengesyaki seseorang yang mahu menaiki pesawat, satu amaran automatik diletakkan di sebelah nama mereka yang akan mengarahkan syarikat penerbangan untuk mengeluarkan suspek dari pesawat atau penerbangan mereka.

Peraturan baharu ini memerlukan semua syarikat penerbangan menggunakan sistem data yang secara automatik akan memberi respons terhadap arahan polis untuk mengeluarkan atau melakukan pemeriksaan ke atas mana-mana penumpang.

Mana-mana penumpang yang termaktub dalam Langkah Penyiasatan dan Pencegahan Keganasan (Tpim) turut akan dilarang daripada menaiki pesawat.

Menteri Keselamatan dan Imigresen UK, James Brokenshire berkata: "Kita mempunyai tugas penting sebagai kerajaan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara keselamatan mempunyai kuasa yang memerlukan mereka untuk bertindak sedemikian.

Tambah Brokennshire: "Ini merupakan undang-undang yang penting akan menghalang mana-mana pihak untuk pergi ke luar negara dan kembali. Ia juga akan meningkatkan keupayaan kita untuk memantau dan mengawal mereka yang menimbulkan ancaman.

"Kami sentiasa jelas bahawa kita akan mengambil tindakan yang paling setegas yang mungkin terhadap mereka yang pergi ke Syria dan kembali semula ke UK dengan niat untuk memudaratkan. Kedua-dua kuasa perkara ini akan memperkukuhkan undang-undang paa masa akan datang.

"Semua langkah ini dijangka berkuatkuasa awal bulan depan." - dailymail 

Tags / Kata Kunci: pengganas , ISIS

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan