Singapura Akan Haram Pameran Rokok Dekat Kaunter Juruwang

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 11:54 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sedang mengambil beberapa inisiatif untuk mengawal tabiat merokok termasuk mengharamkan produk tembakau dipamerkan berhampiran kaunter juruwang.

Setiausaha Parlimennya, Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata pihak kementerian mahu mengurangkan kesan pengiklanan rokok mulai dari sudut dipaparkan khusus kepada golongan belia.

"Apabila produk tembakau tidak lagi dipamerkan secara menonjol maka ia boleh mengurangkan pembelian rokok tanpa dirancang serta membantu usaha perokok cuba berhenti merokok," katanya pada sesi perbahasan perbekalan peringkat jawatankuasa MOH di Parlimen, Khamis.

Beliau berkata MOH akan mengharamkan titik pameran tembakau pada tahun ini menerusi pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan).
Menurutnya, pihak peruncit akan diberi tempoh masa 12 bulan untuk mematuhi peraturan itu.
Tags / Kata Kunci: kaunter rokok

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan