Rejim Al-Assad Bunuh Hampir 600 Doktor Di Syria

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

AMERIKA SYARIKAT: Tentera Syria dilaporkan telah membunuh hampir 600 doktor dan kakitangan perubatan menerusi serangan bom, tembakan tepat sniper dan penyeksaan dalam tempoh empat tahun peperangan, menurut  Pakar Perubatan Hak Asasi Manusia (PHR) dalam laporan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pertubuhan hak asasi yang berpangkalan di New York menuduh tentera Presiden Bashar al-Assad sengaja memilih hospital dalam peperangan tersebut  dan jelas sekali menunjukkan ia suatu jenayah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tambah beliau tentera Assad perlu bertanggungjawab dalam mengorbankan hampir 97 peratus mangsa yang tidak bersalah.

"Kerajaan Syria telah melakukan pelbagai taktik antaranya pengeboman hospital termasuk mengunakkan bom barel dan juga menyiksa serta membunuh doktor yang merawat pesakit," kata  Pengarah Penyiasatan Pakar Perubatan Hak Asasi Manusia, Erin Gallagher.

Menurut laporan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh empat tahun, seramai 610 kakitangan perubatan terbunuh, 139 daripada mereka diseksa atau dikenakan hukuman mati.

Laporan itu juga telah merekod 233 serangan dan 183 daripadanya adalah hospital serta klinik dengan menggunakan bom barel.

Serangan terhadap kakitangan perubatan adalah tindakan yang kejam mengikut undang-undang antarabangsa kemanusiaan, namun begitu kumpulan hak asasi menyatakan bahawa serangan meluas itu menjadi perkara normal apabila berada di Syria.

Pengarah PHR, Widney Brown berkata pertubuhan itu telah menerima beratus-ratus laporan menyatakan doktor berada dalam tahanan atau telah hilang begitu sahaja, tetapi PHR tidak dapat mengesahkan jumlah itu.

 

Tags / Kata Kunci: Syria , Al-Assad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan