Peserta Realiti TV Antara 10 Maut Nahas Helikopter Di Argentina

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:46 AM

Gambar yang dikeluarkan oleh NA menunjukkan bangkai sebuah helikopter yang musnah dijilat api selepas bertembung dengan sebuah helikopter yang lain di wilayah La Rioja di Argentina. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BUENOS AIRES: Lapan warga Perancis yang menjalani penggambaran bagi sebuah rancangan realiti televisyen terbunuh apabila dua helikopter yang dinaiki mereka bertembung di udara di barat laut Argentina. 

Turut maut adalah dua juruterbang warga Argentina yang membawa helikopter berkenaan.

Para pelakon itu sedang menjalani satu penggambaran siri survival di kawasan pergunungan di wilayah La Rioja apabila helikopter yang membawa mereka berlanggar antara satu sama lain, kata pegawai rasmi dan laporan media.

"Dua helikopter bertembung antara satu sama lain ketika kejadian. Tiada yang terselamat," kata jurucakap wilayah itu, Horacio Alarcon.

Beliau berkata, keadaan cuaca adalah baik dan punca nahas masih belum diketahui.

Sumber polis memberitahu bahawa mangsa nahas merupakan lapan penumpang warga Perancis dan dua juruterbang warga Argentina.

Media Argentina menunjukkan dua bangkai helikopter yang musnah dijilat api.

Mereka terbunuh termasuk peserta yang terbabit dalam program realiti televisyen itu. Ketika kejadian, mereka sedang melalui kawasan Quebrada El Yeso dan Quebrada Condado, kawasan terpencil di wilayah itu. - AFP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan