Kertas Tisu Didakwa Milik MH370 Ditemui Di Pantai Australia

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:31 AM

Operasi mencari pesawat MH370 diteruskan, tetapi adakah kertas tisu dapat menjadi petunjuk di manakah ia berada?

(Ubah saiz teks)

SEKUMPULAN pakar sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kertas tisu yang ditemui di sebuah pantai di Australia Barat yang dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Kertas tisu yang kecil dan lembap itu dihantar ke Canberra, ibu negara Australia untuk pemeriksaan selepas ia ditemui oleh satu pasangan yang ketika itu sedang bersiar-siar di pantai.

Media Nine News melaporkan bahawa pasangan itu menjumpainya dalam keadaan tidak terbuka yang disifatkan mereka sebagai sesuatu yang "sangat luar biasa".

Pesawat yang membawa lebih 200 orang itu hilang sejak setahun lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pada ulang tahun kehilangan pesawat itu pada Ahad, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengakui bahawa operasi pencarian akan diperkecilkan.

Beliau memberitahu Parlimen di Canberra: "Saya tidak boleh berjanji bahawa pencarian ini akan dilakukan sebegini buat selama-lamanya, tetapi kita akan meneruskan usaha kita sehabis baik bagi merungkai misteri dan mendapatkan jawapannya."

Australia ketika ini mengetuai pasukan pencarian antarabangsa meliputi lautan Hindi, kira 1,000 kilometer dari pantai barat.

Abbott berkata, mereka yang mempunyai orang tersayang dalam pesawat itu melalui satu "mimpi ngeri yang menakutkan".

"Saya memberi jaminan kepada keluarga ini dengan harapan dan jangkaan kami bahawa pencarian yang diteruskan ini akan menemui kejayaan," tambahnya.

Kertas tisu itu ditemui pada Julai tahun lepas, tetapi penemuannya baharu sahaja didedahkan. - mirror.co.uk


Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan