Video: Tindakan Pembantu Rumah Dera Budak Terbongkar

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

PARANA, Argentina: Tindakan seorang pembantu rumah yang sering mendera anak majikan akhirnya terbongkar apabila dia dirakam memukul kanak-kanak tersebut.

Pembantu rumah tersebut, Eve Mantaras, 25, bukan sahaja dikutuk kerana mendera kanak-kanak berusia 2 tahun itu, tetapi dikecam kerana berpakaian menjengkelkan.

Tindakan Eve diketahui apabila ibu mangsa, Cristina Ceril, 33, memasang kamera rahsia yang dihubungkan dengan telefon bimbitnya.

Cristina bertindak demikian kerana sering mendapat aduan daripada jiran-jiran yang sering terdengar dua anaknya yang berusia 2 dan 10 tahun menangis ketika dibawah jagaan pembantu rumah terbabit.

Pembantu rumah berkenaan kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut kerana mendera kanak-kanak.




Tags / Kata Kunci: Dera , Argentina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan