Keluarga Dibenar Berjumpa Banduan Bakal Ditembak Mati

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

CILACAP: Keluarga dua warga Australia yang bakal dikenakan hukuman mati di Indonesia dibenarkan melawat banduan terbabit buat pertama kalinya di Pulau Nusakambangan.

Saudara-mara Myuran Sukumaran dan  Andrew Chan tiba di Cilacap, bandar pelabuhan di Jawa iaitu pintu masuk ke Pulau Nusakambangan untuk datang melawat pada malam Isnin.

"Hari ini kami amat teruja untuk berjumpa Andy.

"Kami hanya berharap dapat berjumpa dengannya secepat mungkin dan dapat memberikan pelukan," kata Michael, adik kepada Andrew.

Adik Sukumaran's, Chintu pula berkata dia dan ibunya sudah lama menantikan saat ini dan mereka menghitung hari untuk berjumpa dengan abangnya.

"Kami dimaklumkan yang dia berada dalam keadaan baik, jadi kehadiran kami disini untuk melawatnya dan kami inigin menyatakan bahawa kami sayang padanya," jelasnya.

Keluarga dua warga Australia itu diiringi pegawai-pegawai konsulat dan berharap agar dapat berjumpa pesalah tersebut sebelum pulang ke Cilacap.

Australia kini telah melaksanakan kempen diplomatik yang berterusan bagi menyekat hukuman tersebut kerana ingin membela nasib rakyatnya.

"Sudah tentu kami menghormati kedaulatan dan juga sistem Indonesia, ianya sudah pasti.

"Kami rasa sudah tiba masanya kerajaan Indonesia melihat dalam jangka masa yang panjang dalam menjaga hubungan baik dua buah negara," kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Baru-baru ini permohonan pengampunan yang dikemukakan sebagai peluang terakhir untuk mengelakkan hukuman mati telah ditolak dan dijangka pelaksanaan hukuman tembak akan dijalankan tidak lama lagi bersama pesalah lain yang turut terlibat dalam pengedaran dadah.

Pesalah yang berusia sekitar 30-an tersebut telah berpindah pada minggu lepas dari Bali ke Pulau Nusangkambangan di mana tempat perlaksanaan hukuman akan dijalankan.

Myuran Sukumaran dan  Andrew Chan yang merupakan ketua "Bali Nine" di tahan pada 2006 kerana terlibat dalam pengedaran heroin di Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Australia , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan