Pesawat Lama Qantas Dipamerkan Di Muzium Penerbangan

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 11:26 AM

Orang ramai tidak ketinggalan menyaksikan penerbangan terakhir pesawat dari The City of Canberra menuju ke Wollongong itu.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH jet jumbo milik syarikat penerbangan Qantas mencipta sejarah dengan mendarat di lapangan terbang serantau New South Wales sekali gus menjadi pesawat 747-400 pertama di dunia yang dipamerkan kepada umum.

Pesawat bagi laluan The City of Canberra ke Wollongong itu ditamatkan selepas berkhidmat selama 25 tahun dan akan ditempatkan di sebuah muzium penerbangan yang berpangkalan di Lapangan Terbang Wilayah Illawarra.

Ribuan pengunjung hadir dan berkumpul di kawasan lapangan terbang kecil tersebut untuk menyaksikan pendaratan bersejarah itu.

Orang ramai bersorak dan memberi tepukan gemuruh selepas Boeing 747-400 itu selamat membuat pendaratan di landasan kecil dan sempit berkenaan.

Pesawat tersebut mempunyai sayap selebar 64 meter tetapi landasan Illawarra hanya mempunyai keluasan 30 meter, jadi kedua-dua enjinnya dilihat berada di luar landasan ketika pendaratan itu.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Sydney dan terbang pada ketinggian 4,000 kaki dengan kelajuan sedikit perlahan berbanding kebiasaannya untuk mendarat di Wollongong.

Kapten Greg Matthews menyerahkan kunci pesawat tersebut kepada Presiden Persatuan Pemulihan Sejarah Pesawat, Bob De La Hunty.

Persatuan tersebut mempunyai pelbagai koleksi pesawat Australia dan sebuah pesawat bersejarah termasuk kapal terbang yang dikenali sebagai "Connie", sebuah pesawat lama Qantas.

"Ia agak sentimental, tetapi ia akan menjadi lokasi penyimpanan terbaik dan kami tahu ia dijaga oleh sukarelawan persatuan itu," kata Matthews.

Tags / Kata Kunci: Qantas , 747-400

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan